Anugerah Juara Lagu Anugerah_Juara_Lagu_ke-27

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27 diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Januari 2013. Terdapat perubahan dalam barisan persembahan yang mana Yuna terpaksa menarik diri kerana terikat dengan komitmen penerbitan album terbarunya di Los Angeles, Amerika Syarikat dan diganti[3] oleh Aizat Amdan untuk persembahan lagu "Terukir di Bintang".[4]

Menurut Azmeer, 70% penilaian sesebuah lagu adalah berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik, kreativiti dan penerimaan juri dan masyarakat terhadap lagu tersebut. Manakala 30% lagi adalah menerusi persembahan penyanyi itu sendiri.[5]

Majlis AJL 27 membuka tirai dengan persembahan lagu "Bunga-Bunga Cinta" oleh pemenang AJL18 Misha Omar "Fatalistik" oleh Ziana Zain dan "Anti Graviti" oleh Faizal Tahir.

12 buah lagu layak ke peringkat akhir kali ini. Urutan persembahan adalah seperti berikut:

  1. "Ombak Rindu" – Hafiz & Adira
  2. "Patah Seribu" – Shila Amzah
  3. "Simetri" – Hazama & Amy Search
  4. "Idola" – Azlan & The Typewriter
  5. "Pelangi Senja" – Stacy
  6. "Lagu" – Bedroom Sanctuary
  7. "Tanpamu" – Amir Jahari
  8. "Teman Pengganti" – Black & RJ
  9. "Terukir Di Bintang" – Aizat (mengganti Yuna)
  10. "Ku Akui" – Hafiz
  11. "Andaiku Bercinta Lagi" – Mojo
  12. "Anak Kampung" – One Nation Emcees & Jimmy Palikat

Keputusan

  • Anugerah Juara Mobile Celcom: "Ombak Rindu" (gubahan/lirik: Zaidi)
  • Persembahan Terbaik: "Teman Pengganti" (Black & RJ), membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000
  • Vokal Terbaik: "Ku Akui" (Hafiz), membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000
  • Tempat ketiga: "Ku Akui" (Hafiz; lagu/lirik: Ajai), membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000
  • Naib juara: "Idola" (Azlan & The Typewriter; lagu/lirik: Audi Mok/Azlan), membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000
  • Juara: "Terukir Di Bintang" (Aizat; lagu/lirik: Yuna), membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000